Site icon TUHAU BAMBANGAN

6 TANDA KANAK-KANAK ‘SPOILED’ DEDAH PAKAR PSIKOLOGI

Kanak-kanak memang pandai berlakon, namun terdapat perbezaan antara lakukan kesalahan sekali-sekala dan memanjakan anak kecil anda. Tanda kanak-kanak ‘spoiled’ ini adalah termasuk salah laku yang semakin meningkat dari semasa ke semasa dan tingkah laku mereka yang sukar diurus ibu bapa mereka. Jika anda mengesyaki anak anda seperti ini dengan tingkah laku itu, ini dapat membantu anda menangani isu tersebut dan mengelakkannya daripada menjadi lebih teruk. Anda boleh membuat perubahan positif untuk memperbaiki tingkah laku dan minda anak anda, dan ingat ia tidak menjadikan anda ibu bapa yang tidak baik.

APAKAH YANG MENYUMBANG KEPADA PERILAKU KANAK-KANAK YANG ‘SPOILED’ INI

Ibu bapa kadangkala membuat pilihan yang mereka fikir bermanfaat tetapi sebenarnya boleh membawa kepada salah laku dalam kalangan anak-anak mereka. Ini mungkin disebabkan oleh keinginan untuk memberikan apa yang mereka tidak miliki atau mengelakkan rasa bersalah. Setiap orang membuat kesilapan, dan tugas keibubapaan boleh menjadi sukar. Lama kelamaan, pilihan ini boleh membawa kepada masalah yang lebih besar, dan anda mungkin berasa seperti tiada kawalan ke atas tingkah laku kanak-kanak itu. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa ibu bapa lain turut menghadapi cabaran yang sama.

6 TANDA KANAK-KANAK ‘SPOILED’

Memang sukar untuk mengenali jika anak anda ‘spoiled’ atau menunjukkan tingkah laku yang sesuai dengan umur mereka. Tanda-tanda ini boleh membantu anda menentukan perbezaannya. Sebaik sahaja anda mengenal pasti tanda tersebut, anda boleh berusaha untuk melaksanakan ‘habit’ yang lebih baik bagi mengatasi situasi tersebut. Ia mungkin mengambil masa untuk anak anda belajar menyesuaikan diri, tetapi jangan berputus asa, kerana anda akan melihat keputusan yang positif!

1. TIDAK SENSITIF KEPADA ORANG LAIN DAN KURANG EMPATI

Jika anak anda tidak menunjukkan sifat empati kepada orang lain, itu adalah tanda masalah. Kanak-kanak yang memeliki sifat empati akan menunjukkan minat untuk melukis gambar atau membuat kad untuk orang tersayang yang sakit atau cedera. Mereka juga akan memeluk ibu bapa mereka atau orang tersayang lain apabila sedih.

Orang yang tidak sensitif tidak mempunyai empati terhadap orang lain dan tiada berasa belas kasihan terhadap mereka yang sakit, cedera atau kecewa. Mereka juga mungkin kelihatan tidak terkesan oleh rasa susah

Jika anda melihat tingkah laku seperti ini pada anak anda, adalah penting untuk menegur mereka setiap kali. Anda perlu luangkan masa bersendirian bersama mereka dan minta mereka bayangkan bagaimana perasaan mereka jika seseorang memperlakukan mereka dengan cara yang sama sewaktu masa sukar. Ini boleh membantu anak anda mengembangkan sifat empati dan kepekaan terhadap orang lain.

2. SENTIASA DIBERIKAN APA YANG DIMINTA

Sentiasa mengalah kepada tantrum kanak-kanak untuk mengelak daripada mengendalikannya boleh menyumbang kepada memanjakan kanak-kanak itu. Ini mungkin berlaku kerana anda letih atau sibuk. Adalah penting untuk mengelakkan tingkah laku ini kerana secara tidak lansung anda sedang mengajar kanak-kanak untuk mendapatkan apa sahaja yang diingini tanpa berusaha. Jika isu ini tidak ditangani, kanak-kanak itu mungkin terus membuat orang lain tidak selesa sehingga mereka dapat apa yang mereka mahu, dan ini membuatkan orang lain berasa kurang selesa.

Sekiranya anda mengalah kepada permintaan kanak-kanak, anda mungkin cuba lakukan yang terbaik dengan beranggapan untuk tidak mengecewakan perasaan mereka mahupun membuatkan mereka berasa bosan. Ini mungkin kelihatan seperti idea yang bagus, tetapi ia tidak mengajar mereka cara mengendalikan kehidupan atau berkelakuan dengan sewajarnya. Ia juga boleh menyebabkan kanak-kanak hilang kepercayaan pada diri mereka sendiri kerana mereka fikir mereka tidak dapat menangani kesusahan. Membenarkan mereka mengalami emosi yang sukar ini adalah satu-satunya cara untuk mengajar mereka untuk menghadapi dan mengamalkan daya tahan apabila keadaan tidak sesuai. Sebaik sahaja mereka mengalami emosi ini, anda boleh membantu mereka belajar untuk mengatasinya dan menerangkan perasaan mereka jika perlu.

3. TIDAK BERHENTI BERTANYA BILA ANDA KATAKAN TIDAK

Kanak-kanak yang mengamuk atau kecewa apabila dilarang melakukan atau menidakkan sesuatu mungkin menjadi lebih ‘spoiled’. Walaupun ia adalah tingkah laku biasa pada kanak-kanak yang lebih muda, ia akan menjadi lebih ringan apabila mereka semakin dewasa. Jika mereka terus berkelakuan seperti ini apabila diberitahu “tidak”, itu bukan petanda yang baik.

Pakar mencadangkan bahawa kanak-kanak yang mendengar “tidak” daripada ibu bapa dapat meningkatkan rasa ‘self-esteem’ serta empati yang lebih tinggi terhadap orang lain. Apabila ibu bapa menetapkan sempadan yang jelas dan berkata “tidak” tanpa rasa bersalah, ia menyediakan anak untuk peluang yang lebih baik untuk menjadi orang yang baik dan mempunyai kehidupan yang bahagia dan berjaya.

Ia juga penting untuk menerangkan sebab “tidak” untuk membantu kanak-kanak memahami dan menerima keputusan itu. Walaupun kanak-kanak itu mengamuk, adalah penting untuk tidak mengalah dan menunjukkan bahawa sempadan harus dihormati. Walau bagaimanapun, jika tingkah laku kanak-kanak itu boleh mendatangkan bahaya, ia perlu ditangani segera.

4. KANAK-KANAK TIDAK BERDIKARI

Ibubapa sering mengendalikan sesuatu untuk anak-anak mereka kerana mahu menjadikan kehidupan mereka lebih mudah. Walaupun ianya kelihatan seperti tindakan heroik, ini boleh mengakibatkan kanak-kanak menjadi sangat manja dan lemah. Adalah penting untuk kanak-kanak belajar mengendalikan sendiri sesuatu perkara supaya mereka belajar untuk berdikari.

5. TIDAK MEMBANTU KERJA-KERJA DIRUMAH

Kanak-kanak yang enggan membantu dengan kerja-kerja di rumah kebiasaannya memiliki sikap yang merasakan diri mereka perlu layanan istimewa, dan mudah mendapatkan ganjaran tanpa melakukan apa-apa dan semua ini sangat merisaukan. Apabila mereka meningkat dewasa, seharusnya kana-kanak ini sudah pun mempunyai rasa tanggungjawap untuk membantu ibubapa mereka di rumah. Kanak-kanak harus digalakkan untuk melakukan tugasan-tugasan ringan di rumah, kerana ia boleh memberi impak kepada masa depan mereka.

Bagi menangani isu kanak-kanak tidak membantu di rumah, tugasan yang diberikan ibubapa boleh menjadi penyelesaian yang efektif. Mulakan dengan tugasan mudah dan secara beransur-ansur meningkat kepada tugasan yang lebih sukar supaya mereka menjadi lebih biasa untuk membantu. Melibatkan diri mereka dalam tugasan-tugasan rumah juga dapat mengajar kemahiran hidup yang berharga kerana kanak-kanak ini akan gunakan pengalaman yang dilalui mereka untuk dugunakan sepanjang hidup mereka, serta menanamkan rasa tanggungjawab dan kesanggupan untuk membantu orang lain tanpa diarah.

6. TIDAK MEMBERI DAN MENGHARGAI

Kanak-kanak yang ‘spoiled’ lebih suka diberi berbanding memberi. Sebagai contoh, mereka tidak suka mencari hadiah untuk diberikan kepada orang lain tetapi mahu mereka yang diberikan hadiah . Mereka juga tidak akan menunjukkan rasa bersyukur atau menghargai sesuatu setelah mendapat hadiah.

Finding opportunities for your children to give to others can help them embrace the experience. They can do something kind or choose a gift they think another person will love. You can also consider picking a cause to donate to or a place to volunteer together.

Kanak-kanak perlu digalakkan untuk memberi ataupun berkongsi supaya mereka dapat belajar dari pengalaman itu sendiri.

Mereka boleh lakukan sesuatu yang baik seperti memilih hadiah untuk seseorang yang mereka sayangi.

Selain itu, anda juga boleh mendidik anak-anak untuk bersedekah ataupun menjadi sukarelawaan dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan ataupun di sekolah.

Terangkan kebaikkan dan keseronokkan memberi, ini dapat membuatkan anak-anak berasa lebih baik dalam diri merek dan juga menjadi individu yang tahu menghargai sesuatu perkara.

Exit mobile version