Site icon TUHAU BAMBANGAN

JKNS TERIMA LAPAN OKSIGEN CONCENTRATOR

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menerima lapan oksigen concentrator bagi tujuan membantu pesakit yang memerlukan khusus mereka yang memerlukannya sepenuh masa.

Pengarah JKNS, Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, oksigen tersebut akan diagihkan secara berperingkat kepada hospital di Sabah mengikut keperluan.

Jelasnya, setakat ini, hospital yang akan menerima oksigen tersebut adalah hospital di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Keningau dan Beaufort.

“Tahun lepas kami ada 76 pesakit di mana 36 daripadanya di Kota Kinabalu dan 14 di Sandakan, Tawau, Keningau dan Beaufort.

“Jadi ini pesakit-pesakit yang kita akan bantula, terutama mereka yang memerlukan oksigen sepenuh masa di rumah.

“Penggunaan jenis oksigen ini bergantung kepada pesakit yang datang kemudian di diagnosa dan pakar-pakar kita akan menentukan sama ada oksigen ini diperlukan di rumah, sementara ataupun selamanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Program Oksigen (O2) Untuk Rakyat di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa kebiasaan pesakit yang memerlukan bantuan oksigen ini adalah mereka yang mengalami masalah paru-paru dan jantung.

“Jadi kedua-dua pesakit ini akan mengalami sesak nafas dan kekurangan oksigen serta oksigen yang kita bekalkan ini ialah, tangki oksigen dan oksigen concentrator,” jelasnya.

Exit mobile version