Site icon TUHAU BAMBANGAN

KPDN CADANG TAWAR INSURANS RAHMAH

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mencadangkan Insurans Rahmah atau pakej perbankan yang bersifat rahmah.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, beliau akan berbincang dengan industri perbankan bagi merialisasikan cadangan tersebut.

“Saya juga akan berbincnag dengan industri perbankan atas tujuan tersebut. Mungkin nanti ada insurans rahmah atau pakej-pakej perbankan yang bersifat rahmah yang akan kita lancarkan.”

Hotel Rahmah juga akan diteruskan agar hotel-hotel ternama dalam negara kita turut bersama-sama menawarkan pakej rahmah sekali gus menggalakkan pelancong luar dan dalam negara bercuti di negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarkan Inisiaitf Menu Rahmah di Restoran BTC Bistro Inanam pada Ahad.

Sementara itu, beliau turut berkata bahawa pihak KPDN akan menyasarkan 500 premis makanan di Sabah untuk menawarkan Menu Rahmah.

“Mungkin ini akan bertambah dari semasa ke semasa, dan untuk Sabah kalau dapat capai 500 dalam tempoh dua ke tiga bulan, itu sudah cukup memadai.”

“Saya hanya baru sampai di Sandakan dan Kota Kinabalu. Tempat-tempat lain saya belum jelajah, mungkin di sana sudah ramai yang turut serta melaksanakan inisiatif ini.”

“Jadi, ini juga akan menggalakkan lebih banyak gerai atau restoran yang menyahut seruan Rahmah itu,” jelasnya.

Tambah beliau, setakat ini, sebanyak 105 premis makanan telah menyertai inisiatif Menu Rahmah di Sabah dan sudah lebih dari 1,531 premis perniagaan telah mendaftar dan melaksanakan inisiatif ini di seluruh negara.

Exit mobile version