Site icon TUHAU BAMBANGAN

TUBUH TASK FORCE, BANTU SELESAI ISU BERBANGKIT DI SEPANGGAR

KOTA KINABALU: Sebuah Task Force akan diwujudkan bagi membantu menyelesaikan isu-isu berbangkit khusus di kawasan Sepanggar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Peto Galim berkata, Task Force tersebut akan berkolaborasi dengan jabatan-jabatan berkaitan seperti Bomba, PDRM, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Air serta komuniti setempat.

“Bukan saja masalah ini dapat bantu salurkan kepada jabatan berkaitan, malah membantu mereka untuk bertindak dengan lebih cepat.

“Maka itu, prinsipnya kumpulan Task Force ini kita wujudkan secepat mungkin dengan melibatkan semua semua pemegang taruh yang berada dalam kumpulan supaya semua pun ada keterlibatan dan tanggungjawab bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Sesi TownHall Parlimen Sepanggar di Institusi Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu pada Sabtu.

Dalam pada itu, Peto yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah berkata, segala maklumat berkaitan akan disalurkan secepatnya kepada jabatan berkaitam bagi tindakan lanjut.

“Kita akan salurkan maklumat ini kepada jabatan-jabatan dan ini juga mungkin melibatkan konsesi jalan raya, konsesi air yang terlibat dengan kerja-kerja yang dilantik kerajaan. Ini supaya tanggungjawab itu dilaksanakan dengan betul lah.

“Jadi, kita akan gunakan posisi yang kita ada sebagai wakil rakyat dan inilah yang dikatakan kita mendengar keluhan rakyat,” jelasnya.

Exit mobile version