Site icon TUHAU BAMBANGAN

UMNO Sabah kekal relevan di bawah pimpinan Bung – Zahid Hamidi

KOTA KINABALU: UMNO Sabah diyakini akan terus kekal relevan dalam arena politik di negeri itu.

Presidennya, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, beliau yakin kepimpinan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menjadikan parti itu akan kekal relevan.

Jelasnya, anggapan terhadap kedudukan UMNO yang dilihat sedang menurun adalah tidak benar.

“Kita beranggapan bahawa UMNO ini sedang menuju sunset area atau dalam arena menurun, namun sebenarnya dari pencalonan yang ditawarkan memperlihatkan ianya tidak begitu.

“Walaupun kita menghadapi pelbagai masalah di Sabah, dulu kita menghadapi masalah ‘inter-party’ iaitu parti-parti di luar Barisan Nasional (BN), tetapi apabila kita membentuk kerajaan GRS-BN, kita menghadapi masalah ‘intra-party’.

“Namun, saya memberi keyakinan bahawa di bawah kepimpinan Datuk Seri Bung, UMNO Sabah akan terus kekal relevan dalam arena politik di Sabah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Sesi Pengenalan Calon UMNO Sabah di Kota Kinabalu pada Selasa.

Pada sama sama, Zahid berkata, adalah menjadi petanda baik apabila seramai 21 pemimpin Sabah menawarkan diri untuk bertanding di semua peringkat.

“Seramai 21 pemimpin-pemimpin Sabah menawarkan diri untuk bertanding di semua peringkat.

“Ini adalah merupakan petanda baik bahawa Sabah akan akan terus relevan di dalam arena politik di negeri bawah bayu ini,” tambahnya.

Untuk rekod, Bung Moktar merupakan antara lapan calon daripada Sabah yang akan bertanding bagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Selain itu, turut bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Datuk Mohamad Alamin, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Datuk Hasnol Ayub, Ghazalie Ansing, Sharif Musa Sharif Mabul dan Julie Sabran.

Exit mobile version