Site icon TUHAU BAMBANGAN

“Parti ini rumah kita, rumah kita, kita yang jaga,” – Hajiji

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang dilancarkan pada Khamis merupakan satu reaksi penting kepada dinamika landskap politik di Sabah.

Presidennya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sejak tsunami politik tahun 2018, Malaysia berdepan dengan kerencamana politik di peringkat negeri sekali gus negara yang amat kompleks.

“Ada banyak status quo dan paradigma lama yang telah dicabar dan dirobohkan, ada banyak juga keinginan dan harapan baharu yang muncul dengan mendadak.

“Ada yang nakal di luar sana menyebut; ‘nah Hajiji tubuh parti baharu lagi, lompat lagi’, dihina dan dicaci sebagai pengkhianat dan tidak setia itu sudah biasa saya dengar.

“Sudah bertahun kami dilabel sedemikian rupa dan saya memilih untuk berdiam diri dan meminta untuk rakan-rakan seperjuangan agar tidak perlu memberikan sebarang respon balas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannnya pada Majlis Pelancaran Parti Gagasan Rakyat di Sabah International Convention Center (SICC), Kota Kinabalu.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, ini kerana baginya tidak ada guna berbalas bicara dalam perkara-perkara yang boleh melebarkan jurang perbezaan dan dan perpecahan sesama di negeri ini.

“Biar masa menentukan, akan tiba masanya setiap tindak dan ikhtiar kita terjawap dengan sendirinya apabila terserlah hikmah daripada setiap keputusan berjemaah yang kita sepakati.

“Paling penting bukannya untuk diri dan kumpulan kita, tapi akhirnya manfaat itu adalah untuk agenda besar rakyat dan negeri kita yang tercinta,” jelasnya.

Tambah Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gagasan Rakyat bukanlqh pilihan peribadi beliau dan bukan sekadar keputusan rakan-rakan pimpinan, tetapu turut direstui rakan-rakan dalam GRS.

Utamanya, ia diterima dan mendapat respon positif dari pelbagai pihak.

“Setelah melalui pelbagai pengalaman, suka duka, pahit manis dan menempuhi onak duri, akhirnya kita duduk di dalam rumah kita sendiri.

“Parti ini, rumah kita. Rumah kita, kita yang jaga. Rumah kita, kitalah tuannya. Rumah kita, kita pelihara sebaiknya. Dapur kita, kitalah penentu menu dan resipinya,” tegasnya.

Exit mobile version