Site icon TUHAU BAMBANGAN

12 keluarga terjejas akibat tanah runtuh di Kundasang

KUNDASANG: Sebanyak 12 keluarga di Kampung Lembah Permai, Kundasang dinasihatkan untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat berikutan kejadian tanah runtuh baru-baru ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata, jika keadaan tidak selamat, maka mereka dinasihatkan untuk berpindah ke tempatcyang lebih selamat secepat mungkin.

Kundasang merupakan sebuah kawasan tanah tinggu dan sangat cenderung dengan kejadian tanah runtuh serta mengalami pergerakan tanah.

Baru-baru ini, satu kejadian gelinciran tanah atau tanah runtuh (aliran puing) berlaku di kampung tersebut melibatkan 12 keluarga yang terjejas teruk. Sementara itu, penduduk yang lain diarah untuk berjaga-jaga.

Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang menasihati semua pendudum agar sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa pada bila-bila masa.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Ranau selaku Pengerusi Jawatankuasa Pusat Kawalan Operasi dan Bencana (PKOB), Jumain Abdul Ghani atas kerjasama dan tugas yang telah dilaksanakan.

Sementara itu, Jumain berkata, kejadian aliran puing tersebut adalah dicetus oleh hujan lebat ke atas cerun yang mempunyai lapisan tanah dengan batuan retak.

“Lapisan yang sentiasa mengalami pergerakan tanah ini membekalkan serpihan batuan bersama tanah ke dalam saliran cerun bermula daripada tanah runtuh tebing saliran atau sedimen mudah terangkut yang masih berada di bahagian atas cerun.

“Oleh itu, atas pemantauan bersepadu bersama dengan semua ahli Jawatankuasa PKOB, penduduk di kawasan terjejas dinasihati untuk sentiasa bersiap siaga dan berpindah sekiranya perlu.

“Usaha mencari tapak baharu untuk penempatan penduduk kampung yang terjejas juga sedang diusahakan,” tambahnya.

Exit mobile version