Site icon TUHAU BAMBANGAN

Kanak-kanak 12 tahun maut, jatuh dari tingkat 14 hotel di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mau selepas dipercayai jatuh dari tingkat 14 di salah sebuah hotel di Jalan Karamunsing di sini, hari ini.

Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkap di tingkat 14 ke beranda di tingkat lima bangunan hotel berkenaan.

Menurut Jurucakap Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.44 pagi.

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi mangsa kanak-kanak ditemukan terjatuh dari tingkap di tingkat 14 ke beranda tingkat empat bangunan hotel berkenaan.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi membawa turun mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 7.54 pagi,” katanya.

Exit mobile version