Site icon TUHAU BAMBANGAN

Bekas ahli farmasi dihukum penjara rosakkan lebih 500 dos vaksin Covid-19

MILWAUKEE: Seorang bekas ahli farmasi di Wisconsin yang sengaja merosakkan lebih daripada 500 dos vaksin COVID-19, dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun.

Steven Brandenburg, 46 tahun, yang juga seorang anti-vaksin, mengaku bersalah pada Februari atas dua tuduhan cuba mengganggu produk pengguna.

Brandenburg mengaku sengaja membuang dos vaksin Moderna daripada peti sejuk di Pusat Perubatan Aurora di Grafton.

Sebelum hukuman dijatuhkan, Brandenburg akui malu dengan tindakannya dan bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan.

Sentinel, sebuah jurnal Wilwaukee, melaporkan, Brandenburg memohon maaf kepada rakan sekerja, keluarga dan masyarakat atas perbuatannya itu.

Akibat tindakannya, Pusat Perubatan Aurora terpaksa memusnahkan dos yang rosak.

Bagaimanapun 57 orang telah menerima dos lengkap dari bekalan di pusat perubatan berkenaan.Dos tersebut dipercayai masih berkesan untuk digunakan, walaupun insiden itu telah mencetuskan kegelisahan dan kemarahan dalam kalangan penerima awal tahun ini.

Brandenburg kini berdepan hukuman maksimum 10 tahun penjara dengan denda AS$250,000 untuk setiap pertuduhan.

Brandenburg merupakan ahli teori konspirasi yang percaya bahawa dia adalah nabi dan vaksin adalah produk syaitan.

Dia juga mengaku percaya bahawa bumi ini rata.

Brandenburg juga menggantikan garam atau saline untuk vaksin selesema yang diuruskannya serta mempengaruhi rakan sekerja untuk melakukan perkara yang sama. – AWANI

Exit mobile version