Site icon TUHAU BAMBANGAN

Hajiji serah Kenderaan Rasmi kepada 21 Pejabat Kawasan UPPM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah menyerahkan sebanyak 21 buah jenis kereta hilux kepada 21 pejabat kawasan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM).

Beliau menyerahkan replika kunci kereta kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) daripada 21 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada fasa ke-2 penyerahan kenderaaan rasmi itu.

Hajiji berkata, setiap pejabat UPPM di 73 kawasan DUN menerima sebuah kenderaan rasmi yang bertujuan memberi kemudahan kepada PPM dan pegawainya untuk melawat kawasan khususnya di luar bandar.

“Saya berharap dengan adanya kenderaan rasmi untuk UPPM, maka pegawai-pegawai kita dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan dengan lebih lancar dan berkesan”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kenderaan kepada 21 Pejabat Kawasan UPPM di Menara Kinabalu pada Khamis.

21 pejabat kawasan UPPM yang menerima kenderaan rasmi itu ialah, Sulaman, Petagas, Tanjung Keramat, Segama, Gum-Gum, Bongawan, Tanjung Kapor, Kadamaian, Tamparuli, Inanam, Likas, Luyang, Tanjung Aru, Moyog, Membakut, Kundasang, Melalap, Sekong, Karamunting, Sulabayan dan Merotai.

Terdahulu, sebanyak 7 buah kenderaan rasmi telah diserahkan kepada 7 Pejabat Kawasan UPPM, iaitu DUN Karanaan, Kiulu, Tambunan, Sindumin, Lumadan, Nabawan dan Labuk ketika fasa pertama penyerahan pada 25 Oktober 2022. – Tuhau Bambangan

Exit mobile version