Betapa besar dan beratnya tanggungjawab petugas barisan hadapan di hospital yang terpaksa berhadapan dengan jumlah pesakit Covid-19. Terutamanya pesakit yang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU). Galas tanggungjawab menentukan hidup mati para pesakit yang kritikal dengan bekalan alat bantuan pernafasan semakin terhad.
Dengan peningkatan pesakit Covid-19 yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan angka kematian yang kian meningkat tinggi, doktor terpaksa berdepan tekanan apabila tiba masa untuk mereka menentukan pesakit yang akan terus dirawat dan sebaliknya.
Walaupun sudah sedia berdepan tekanan fizikal, doktor memaklumkan The Malaysian Insight bahawa mereka sangat takut apabila terpaksa berdepan dilema dalam menentukan pesakit yang akan menerima alat bantuan pernafasan yang mana bekalannya semakin berkurangan.
Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang masih sihat walafiat, mohon laksanakan tanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri dengan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh pihak berkenan. Jangan sampai diri kita yang terlantar di ICU dan nyawa kita pula terpaksa ditentukan oleh doktor, sama ada kita perlu diselamatkan atau sebaliknya.
Sumber: IMT