Site icon TUHAU BAMBANGAN

Kerap mengantuk walau cukup tidur, anda mungkin alami masalah ini

Tidur adalah salah satu keperluan manusia untuk terus hidup di muka bumi ini. Masa tidur yang sesuai untuk orang dewasa adalah sekitar 7 – 8 jam setiap malam. Meski demikian, bukan bermakna sudah tidur cukup anda tidak lagi akan rasa kerap mengantuk. Ramai sebenarnya individu yang alami hal ini walaupun sudah cukup tidur.

Jika anda adalah salah seorang yang mengalami hal ini, sini boleh diperhatikan beberapa penyebab yang mungkin boleh menjelaskan keadaan anda;

1. Pengambilan alkohol

Meski anda sudah merasa cukup tidur, pengambilan alkohol boleh menjadi salah satu alasan kenapa masih rasa kerap mengantuk pada waktu siang. Hal ini kerana, minum alkohol sebelum tidur boleh meningkatkan hormon epinefrin, hormon stress yang meningkatkan degupan jantung dan merangsang tubuh, hingga anda kerap terbangun tengah malam.

Selain itu, pengambilan alkohol juga boleh membuatkan otot tekak menjadi lebih tenang yang mana boleh pula menajdi punca berlakunya sleep apnea ketika sedang tidur. Tidak hanya itu, pengambilan alkohol juga dapat meningkatkan keinginan anda untuk kerap buang air kecil pada waktu malam.

Akibatnya, walaupun tidur awal, kualiti tidur akan terganggu jika berlaku pengambilan alkohol. Maka, itulah kenapa anda tetap alami kurang tidur dan kerap mengantuk pada waktu siang.

2. Sleep apnea

Sleep apnea adalah salah satu gangguan tidur yang berlaku ketika nafas terhenti sementara anda sedang tidur. Secara medical, sleep apnea yang berlaku kerana saluran peranfasan tersumbat yang disebut sebagai obstructive sleep apnea.

Ketika anda alami kesukaran bernafas, otak akan mengirimkan petanda untuk bangun. Tanpa anda sedari, anda akan terjaga sejenak, kembali bernafas dan kembali tidur. Hal ini turut menyebabkan tidur anda jadi terganggu kerana perlu bangun setiap kali sleep apnea berlaku.

Perkara ini boleh menjadi penyebab kepada kekerapan anda mengantuk. Oleh itu, segera bertemu dengan doktor pakar untuk dapatkan rawatan pemeriksaan sekaligus dapatkan nasihat bagaimana mengatasi masalah ini.

3. Restless legs syndrome (RLS)

Ini juga mungkin boleh menajdi salah satu penyebab anda masih rasa mengantuk walaupun rasa sudah cukup tidur. Ini kerana, keadaan ini menyebabkan anda kerap menggerakkan kaki pada waktu malam termasuk pada masa anda sedang tidur.

Biasanya, RLS berlaku kerana adanya sensasi tidak selesa yang terasa pada kaki. Sudah tentu ini boleh mengganggu kualiti tidur anda dan akhirnya menyebabkan masih rasa mengantuk pada waktu siang.

RLS ini berlaku kadangkala disedari dan tidak disedari. Anda akan alami sedikit kesukaran untuk mengatasinya jika ianya berlaku tanpa anda sedari.

4. Sleepwalking

Sleepwalking atau berjalan ketika tidur, adalah gangguan parasomnia yang mungkin anda alami. Meski dalam keadaan tidak sedar, anda boleh saja berjalan sekitar dalam rumah. Biasanya kerap berlaku dengan kanak-kanak, tapi orang dewasa juga boleh alami hal ini.

Keadaan ini sebenarnya bukanlah maslaah yang serius, tapi anda boleh berada dalam bahaya ketika mengalaminya. Hal ini kerana, anda tidak sedar anda sedang berjalan ke mana dan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Ia juga boleh menyebabkan tubuh anda merasa letih dan kerap rasa mengantuk pada waktu siang.

5. Narcolepsy

Narcolepsy adalah salah satu gangguan tidur yang ditandai dengan rasa mengantuk hingga tanpa sedar anda tertidur dengan sendirinya. Selain itu, ketika mengalaminya, tubuh akan terasa seolah-olah lumpuh dan tidak boleh bergerak. Bahkan, anda mungkin saja mengalami halusinasi sebelum tidur.

Gangguan tidur yang tergolong kronik ini boleh menajdi alasan mengapa anda masih rasa mengantuk pada waktu siang. Hal ini kerana, keadaan ini boleh menyebabkan seseorang tertidur pada bila-bila masa tanpa melihat tempat dan tidak terkawal. Jika anda mengalami ini, anda akan baik setelah tidur selama 10 hingga 15 minit. Masalah ini tergolong seabgai gangguan tidur berpanjangan yang agak sukar untuk diatasi.

6. Circadian rhythm terganggu

Circadian rhythm yang tidak teratur boleh menjadi alasan mengapa anda masih rasa kerap mengantuk. Circadian rhythm atau jam biologi tubuh merupakan jadual kerja setiap organ dan fungsi tubuh manusia secara semula jadi. Jika jam ini terganggu, anda munkgin akan kerap mengantuk pada waktu yang tidak tepat.

Keadaan ini boleh berlaku akibat dari perubahan jadual bekerja yang memerlukan anda bekerja pada waktu malam. Hal ini sangat menganggu jam biologi tubuh anda dan tubuh anda akan bingung untuk beradaptasi jadual tidur dan bangun anda.

Selain mengatur kitaran tidur manusia, jam biologi tuubh turut berperanan untuk mengawal produksi hormon, suhu tubuh dan banyak lagi fungsi lainnya.

7. Chronic fatigue syndrome (CFS)

Chronic fatigue syndrome atau sindrom keletihan kronik adalah keadaan dimana akan membuatkan anda kerap letih, lemas, lesu dan mengantuk. Gejala dari keadaan ini antara lain termasuklah sakit otot dan sukar fokus paling kurang selama enam bulan.

Hal ini turut mengganggu aktiviti harian anda dan membuatkan anda jadi tidak produktif dan selalu rasa ingin rehat dan tidur. Oleh itu, keadaan ini boleh menjadi salah satu alasan dari mengapa anda masih kerap mengantuk pada waktu siang walaupun anda merasa sudah cukup tidur.

Sumber: hellosehat

Exit mobile version