Site icon TUHAU BAMBANGAN

Amaran hujan berterusan dijangka berlaku di Sandakan & Kudat hingga esok

KOTA KINABALU: Jabatan Metreologi (MET Malaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah.

Amaran itu melibatkan daerah Telupid, Beluran, Kinabatangan, Sandakan dan Kudat.

Amaran itu juga telah berkuat kuasa sejak tengah hari tadi hingga esok (Rabu).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi negeri Sarawak yang melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Serikei, Sibu dan Mukah.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang boleh menjejaskan serta kurangkan aktiviti luar.

Maklumat cuaca terkini juga boleh didapati melalui laman web rasmi MET Malaysia di aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia di 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Exit mobile version