Site icon TUHAU BAMBANGAN

Hajiji serah Bantuan Wang Ihsan Bencana Alam kepada 36 KIR di Kg Tg Aru Baru

KOTA KINABALU: Seramai 36 Ketua Isi Rumah (KIR) di Kampung Tanjung Aru Baru menerima Bantuan Wang Ihsan Bencana Alam sebanyak RM1,000 kepada setiap KIR.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, mereka adalah mangsa dari fenomena air pasang besar yang rumah kediaman ranap akibat bencana itu yang berlaku pada akhir Disember lalu.

Hajiji turut mengumumkan tiga lagi KIR yang rumah mereka ranap sepenuhnya akan menerima bantuan tambahan RM20,000 daripada kerajaan untuk membina rumah baru.

“Manakala 33 lagi KIR yang rumah mereka ranap sebahagian besar akan menerima bantuan sebanyak RM10,000.

“Dengan bantuan dan wang Ihsan itu kerajaan berharap dapat membantu mengurangkan sedikit beban mangsa-mangsa yang terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau keadaan rumah mangsa di Kampung Tanjung Aru Baru pada Selasa.

Sementara itu, Hajiji berkata, pihaknya masih mengumpul laporan daripada jawatankuasa bencana di Sandakan sebelum memutuskan bantuan jangka panjang kepada mangsa rumah musnah akibat fenomena air pasang besar besar yang meranapkan lebih 100 rumah.

“Kita masih lagi menunggu laporan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana di Sandakan, ada beberapa pendapat di sana, salah satunya ialah mereka (mangsa) tidak mahu dibina rumah di kawasan tersebut, jadi sekarang kita sedang mencari satu kawasan yang sesuai.

“Setakat ini ada mangsa yang kita pindahkan sementara di pusat Program Perumahan Rakyat (PPR), kita tunggu dulu laporan itu baru kita boleh buat keputusan dan beri bantuan,” jelasnya.

Exit mobile version