Site icon TUHAU BAMBANGAN

Mat Sabu umum langkah import telur, bukan turun harga telur

KUALA LUMPUR: Bagi menampung keperluan asas tempatan kepada harga lebih rendah, Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan akan mengimport bekalan telur dari beberapa sumber yang diketahui.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, itu antara langkah jangka pendek dari pihaknya, salin memastikan telur ayam yang diterima selamat dan menepati piawaian ditetapkan.

“Inisiatif bawa masuk telur ayam dari luar bukan untuk beri tekanan kepada pengusaha industri tempatan, tetapi untuk memastikan bekalan telur dalam negara tidak terputus dan kesejahteraan rakyat terjaga.

“Keperluan membawa masuk telur ayam dari luar ini juga akan dikaji semula selepas bekalan tempatan kembali stabil. Semua protokol dan prosedur yang ditetapkan perlu dipatuhi tanpa kompromi,’ katanya dalam kenyataan media pada Selasa (6 Dis).

Isnin lalu (5 Dis), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kepada pihak media bahawa Mohamad Sabu akan mengumumkan harga rendah telur ayam pada Selasa.

Jelasnya, langkah yang diambil itu dijangka dapat mengurangkan kebergantungan kepada kartel.

Bagaimanapun, dalam kenyataan Mohama Sabu, beliau tiada menyebut mengenai harga rendah telur ayam seperti yang dijanjikan.

Pada masa yang sama, Mohamad Sabu turut berkata kementeriannya sentiasa berusaha untuk memastikan bekalan telur ayam negara kembali stabil pada harga yang kompetitif.

“Kementerian percaya percaya isu kekurangan bekalan telur ayam dapat diselesaikan dalam masa terdekat dengan kerjasama pelbagai pihak,” katanya.

Mengulas mengenai penggunaan telur ayam di pasaran tempatan, Mohamad Sabu berkata, telur ayam merupakan makanan protein harian yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia dengan purata kadar pengambilan 968 juta telur ayam sebulan.

Exit mobile version