Site icon TUHAU BAMBANGAN

Tips sejukkan rumah di musim panas tanpa perlu bayar tinggi bil elektrik

Semenjak kebelakangan ini, banyak kawasan di Sabah alami cuaca yang sangat panas. Pelbagai keluhan dan rintihan yang boleh dilihat melalui sosial media yang di kongsikan oleh beberapa individu. Min pun terasa juga bahang panas tu dalam beberapa hari ini tau. Jangan keluarlah kalau cuaca telampau panas, takut-takut kena strok habah kan. Lagi-lagi sekarang kan musim lockdown, mau pigi mana juga kita?

Dan yang tidak seronok dia juga, cuaca panas ini membuatkan kita kurang selesa walaupun di rumah. Terutama yang tinggal di kawasan bandar tu, jangan cakaplah. Bahang boleh rasa sampai ke malam dan sempat mandi peluh. Tidur jadi tidak selesa. Kalau pasang aircond, takut bil elektrik melambung pula kan.

Tapi jangan risau, min ada beberapa tips mau share untuk sejukkan rumah di musim panas ni, tanpa perlu bayar tinggi bil elektrik. Jom sama-sama cek;

1. Gunakan langsir warna gelap dan tutup pada waktu siang

Mungkin ada yang terfikir, kalau tutup tingkap dengan langsir sudah tentu rumah akan terasa lagi panas dan terperap. Sebenarnya, bila tutup langsir, ianya boleh mengurangkan cahaya matahari yang memancar masuk ke dalam rumah. Sebab itu, pentingnya utnuk tutup tingkap dengan langsir waktu siang, agar ruang dalam rumah tidak begitu terasa bahangnya. Lagi-lagi kalau tingkap rumah betul-betul menghadap matahari, min saran guna langsir tebal dan berwarna gelap.

2. Gunakan kombinasi kipas dan ais

Untuk rumah yang tiada aircond atau tidak mahu guna aircond sebab takut bil elektrik melambung, boleh cuba guna gabungan kipas dan ais ini. Simpan sebongkah ais dalam besen, kemudian letakkan di depan kipas dan hidupkan kipas. Udara yang berhembus itu nanti akan menjadi sejuk dan terasa macam dalam bilik yang ada aircond.

3. Buka tingkap waktu malam

Kalau waktu malam pula, amat digalakkan untuk membuka tingkap. Ini kerana, udara pada waktu malam selalunya lebih sejuk sebab tiada matahari. Jadi bila buka tingkap, udara sejuk dari luar akan masuk ke dalam bilik dan menggantikan udara yang panas.

4. Simpan besen berisi air

Kalau dirumah tiada ais, boleh guna cara ini pula. Perasan kah? Selalunya bilik air mesti lagi sejuk dari bilik-bilik lain dalam rumah? Ini disebabkan dalam bilik air ada takungan air atau lantai yang basah dengan air boleh membuatkan ruang tersebut menajdi lagi sejuk. Jadi benda ini boleh kita aplikasikan di ruang-ruang lain dengan cara meletakkan besen yang berisi air. Nanti air itu akan terkondensasi dan dapat menyejukkan ruang bilik. Lebih digalakkan untuk menggunakan besen berbanding baldi, sebab besen mempunyai permukaan lebih luas dan membolehkan lebih banyak air yang terserap ke udara.

5. Banyakkan pokok hidup dalam rumah

Pokok ini bukan saja berfungsi boleh sejukkan satu ruang, tapi juga boleh membuatkan kita rasa nyaman dan tenang disebabkan oksigen yang dikeluarkannya. Ada pelbagai jenis pokok dalam rumah yang boleh kita letak, seperti pokok ekor kucing dan pokok duit. Pokok dalam rumah pun murah dan tidak susah dijaga. Dalam seminggu hanya siram dua kali, tidak perlu siram hari-hari.

6. Tutup tingkap rumah dengan pembalut tinted

Ya, bukan tingkap kereta ja boleh tinted, tingkap rumah pun boleh. Fungsinya sama macam pembalut tinted kereta, ia akan memantulkan semula cahaya matahari dan membuatkan ruang dalaman jadi lebih sejuk. Selain dari itu, menutup tingkap rumah dengan pembalut tinted juga boleh membantu menjaga privasi orang dalam bilik tersebut.

7. Gunakan pelembap udara

Pelembap udara merupakan alternatif lain yang lebih murah kalau tidak mahu beli aircond. Apabila ia dipasang, pelembap udara akan menebarkan titisan-titisan air yang boleh menyejukkan satu ruang. Lagi syok kalau tambah aroma pewangi untuk mewangikan dan menyejukkan bilik agar kita lebih rasa selesa.

8. Beli saja aircond

Sebenarnya, kalau kamu pandai cari dan guna, aircond boleh menjadi perkakas elektrik yang bagus untuk dimiliki dimusim panas ini. Kalau mahu beli aircond, pastikan dulu ia mempunyai label kecekapan tenaga 4 bintang ke atas. Kerana, ia boleh menjimatkan tenaga elektrik, sekaligus bil hujung bulan pun tidak melambung tinggi.

Demikian perkongsian, semoga bermanfaat!

Sumber: mysumber

Exit mobile version