Site icon TUHAU BAMBANGAN

Agong titah Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok

KUALA LUMPUR: Yang Di-Pertuan Agong dijangka akan mengadakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada esok, Khamis (24 Nov).

Memetik kenyataan media Istana Negara, perbincangan itu merupakan susulan daripada sesi-sesi menghadap oleh ketua-ketua gabungan parti.

Dinyatakan, mesyuarat khas berkenaan bagi Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah untuk mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu mengenai pembentukan Kerajaan Persekutuan.

Mesyuarat itu juga dijangka akan bermula pada pukul 10.30 pagi dan dijangka berlangsung sekurang-kurangnya tiga jam.

Hari ini, Istana Negara turut menitahkan 30 Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong sejak 10.30 pagi.

Bagaimanapun, setakat ini hanya tiga wakil BN dan wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang hadir menghadap Seri Paduka Baginda.

Keputusan itu dibuat selepas tiada Ahli Dewan Rakyat memperoleh kepercayaan majoriti mudah, iaitu 112 sokongan Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Exit mobile version