Site icon TUHAU BAMBANGAN

Zon hijau di Sabah berkurang kepada 3 daerah, tanda berlaku ketidakpatuhan SOP

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 254 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 62,816 kes. Dua (2) kes kematian direkodkan hari ini iaitu satu ( 1) kes di daerah Kota Kinabalu dan satu (1) kes lagi di Kinabatangan. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital/ sembuh 213 menjadikan jumlah kumulatif 60,165 orang. Seramai 1,604 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 451 orang di hospital, 1,151 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara dua (2) orang. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 75 orang dan 24 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kudat berubah dari zon jingga ke zon merah manakala Telupid bertukar dari zon hijau ke zon kuning

Analisa Kes COVID-19 Di Sabah;

Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan penurunan sebanyak 64 kes iaitu daripada 318 kes kelmarin (1 Jun 2021) kepada 254 kes (2 Jun 2021 ).

ii. Daripada 254 kes jangkitan baharu hari ini, 184 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 20 kes adalah daripada saringan kluster, 36 kes adalah daripada saringan bergejala, enam ( 6 ) kes daripada saringan bersasar dan lapan ( 8 ) kes adalah daripada lain-lain kes.

iii. 12 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. Sembilan (9) daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu (1) angka manakala tiga (3) daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua (2) angka iaitu Tawau (-44 ), Lahad Datu (-21) dan Tuaran (-18 ).

iv. Walau bagaimanapun, terdapat 11 daerah yang mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan lapan (daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (1) angka, manakala tiga (3) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu Sandakan 29 kes (+24), Kota Kinabalu 31 kes (+14) dan Kunak 40 kes (+11). Daerah Beaufort kekal catatan kes baharu sebagaimana hari kelmarin iaitu dengan enam (6) kes.

v. Pada hari ini, tujuh (7) daerah mencatatkan sitar (0) kes iaitu Beluran, Tongod, Pitas, Ranau, Kuala Penyu, Sipitang dan Nabawan.

vi. Perubahan angka setiap hari bagi setiap daerah adalah tidak statik. Sungguhpun tujuh (7) daerah mencatat sitar kes pada hari ini, bilangan daerah yang berzon hijau berkurangan kepada tiga (3), menandakan terdapat kebarangkalian berlakunya ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan.

vii. Keberkesanan penurunan kes dalam membendung penularan pendemik COVID-19 ini sangat bergantung kepada sejauh mana kesungguhan komuniti dalam pematuhan SOP kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Sumber: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Exit mobile version