Site icon TUHAU BAMBANGAN

PRU15: Viral Gambar ‘Kabinet Perpaduan’, Anwar Sebagai PM

KUALA LUMPUR: Hari ini viral gambar ‘Kabinet Perpaduan Malaysia 2022’ di sosial media.

Kabinet yang tular itu memperlihatkan kerajaan campuran yang dubarisi oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Kabinet turut memaparkan tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM), iaitu Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi, Penasihat DAP Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Seramai 27 pemimpin BN dan PH turut disenaraikan sebagai Menteri dalam membentuk Kerajaan Perpaduan di kedua-dua gabungan tersebut.

Penularan gambar tersebut dipercayai susulan ketika ini hangat dikatakan tiada gabungan parti mampu memenangi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan kelak.

Susulan itu juga terdapat beberapa dakwaan daripada pemimpin-pemimpin politik sendiri yang mengatakan wujud perbincangan dan percaturan di belakang tabir antara tiga gabungan besar, iaitu BN, PH dan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, orang ramai menganggap gambar tersebut adalah palsu kerana kesemua pemimpin dari parti yang dinyatakan terlibat telah menyatakan pendirian masing-masing.

Sebarang kerjasama membentuk kerajaan campuran antara mereka dilihat agak mustahil selagi keputusan PRU15 belum diperoleh.

Exit mobile version