Site icon TUHAU BAMBANGAN

PRU15: Hajiji Umum Pelepasan Am Jumaat & Sabtu

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah bersetuju menetapkan tarikh 18 November 2022 (Jumaat) dan 19 November 2022 (Sabtu) sebagai Hari Kelepasan Am Khas bagi Negeri Sabah.

Jelas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pelepasan am atau cuti umum itu adalah bagi memudahkan rakyat di negeri ini menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Demikian kenyataan daripada Media Ketua Menteri Sabah sebentar tadi.

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kedua tarikh itu sebagai tarikh pelepasan am.

Ia bagi memberi ruang kepada semua pengundi pulang ke destinasi masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Saya tidak mahu seorang pun dilarang mengundi.

“Bagi negeri Sabah dan Sarawak, kerajaan-kerajaan negeri boleh mengisytiharkan hari pelepasan am pada tarikg tersebut mengikut Ordinan Hari Pelepasan Am masing-masing,” katanya dalam satu ucapan perasmian Majlis Pecah Tanah Wisma Cuepacs Putrajaya di sini, hari ini.

Exit mobile version