Chan Foong Hin yang merupakan setiausaha DAP Sabah menjelaskan mengapa Pakatan Harapan (PH) sukar mengembalikan hak-hak Sabah dalam sebuah wawancara yang disiarkan pada Isnin lepas telah berkata rakyat Sabah seharusnya pertimbangkan perasaan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia ketika menuntut hak-hak Sabah.
“Kalau Sabah minta 40%, bagaimana orang di Selangor akan berfikir? Bagaimana orang di Pulau Pinang akan fikir?”
“Mereka mungkin tanya, adakah Sabah meminta terlalu banyak.” tambah beliau.
Chan Foong Hin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Kinabalu turut menjadikan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia sebagai contoh.
“Kita ambil Selangor sebagai contoh. Mereka menyumbang 24% KDNK negara. Tetapi berapa peruntukan mereka terima daripada Kerajaan Persekutuan?”
“Satu lagi contoh ialah Pulau Pinang. Tahukah anda, Bajet Universiti Sains Malaysia (USM) adalah bersamaan dengan bajet seluruh Pulau Pinang.”
“Sekiranya Pulau Pinang dan Selangor berasa tidak menerima peruntukan yang adil, pada masa sama Sabah menuntut 40%…… kita perlu berfikir tentang Malaysia secara keseluruhan.”
Lim Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP pada tahun 2017 telah berjanji memulangkan 20% hak minyak dan 50% cukai yang dikutip kepada Sabah dan Sarawak, sekiranya PH berjaya menawan Putrajaya.
Selepas Lim Guan Eng yang berjaya menjadi Menteri Kewangan, beliau tidak pun menunaikan janji tersebut.
Lim Guan Eng memberi alasan bahawa ekonomi dan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan tidak mengizinkan hak-hak Sabah dikembalikan.
Sumber : IniSabahBah