Site icon TUHAU BAMBANGAN

Polis tahan Peter Anthony, bantu siasatan insiden rusuhan di Tenom

TENOM: Susulan daripada insiden kekecohan semasa Penamaan Calon di P181 Tenom, Sabah yang berlaku pada Sabtu, satu laporan polis telah diterima pada tarikh yang sama.

Ketua Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, pihak Polis telah menjalankan siasatan ke atas insiden itu.

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 24A (2) Akta Pilihanraya 1954 / Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Siasatan lanjut pihak Polis seterusnya membawa kepada tangkapan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony,” katanya dalam satu kenyataan, disini hari ini.

Peter di tahan oleh pihak Polis pada 12 tengah malam semalam bagi membantu siasatan pihak Polis.

Siasatan dan dokumentasi Polis berjalan dengan lancar dan Datuk Peter Anthony diberikan jamin Polis pada pagi ini (6 Nov).

Peter kemudian dibebaskan pada pagi tadi selepas proses rakaman percakapan dan dokumentasi selesai.

Exit mobile version