Site icon TUHAU BAMBANGAN

PRU15: Ewon berdepan saingan sengit 4 penjuru di Parlimen Penampang

PENAMPANG: Bakal Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick berdepan saingan sengit empat penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Penampang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon Pakatan Harapan itu menerima tentangan daripada penyandang kerusi Parlimen Penampang yang juga Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking (Warisan), Kenny Chua calon dari Gabungan Rakyat Sabah/ Barisan Nasional (GRS/ BN) dan Richard Jimmy (Bebas).

Pengumuman calon itu dilakukan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Parlimen Penampang, Francis Chong pada jam 10.28 pagi di hadapan ratusan penyokong parti Pakatan Harapan, Warisan dan GRS di perkarangan pusat penamaan calon, Pusat Kebudayaan Penampang, semalam.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian menjadi calon pertama mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.04 minit pagi apabila tempoh penamaan calon dibuka pada jam 9 pagi di pusat penamaan calon itu.Kemudiannya diikuti oleh Richard pada jam 9.09 minit pagi, Kenny (9.18 pagi) dan Darell pada jam 9.22 minit pagi.

Ewon yang juga bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah tiba di pusat penamaan calon itu pada jam 8.30 pagi sambil diiringi oleh Pencadang Jannie Lasimbang dan Penyokong Joseph Alex Chang serta ratusan penyokong Pakatan Harapan.

Berdasarkan pemerhatian para penganalisis politik tempatan setakat ini, sokongan pengundi lebih memihak kepada calon Pakatan Harapan kerana para pengundi inginkan perubahan kepimpinan negara yang baharu.

Pada PRU13, Darell yang bertanding atas tiket PKR, memenangi Parlimen Penampang selepas menewaskan Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok.

Darell berjaya mempertahankan kerusi itu pada PRU14.

Exit mobile version