Site icon TUHAU BAMBANGAN

PRU15: Ronald Kiandee tidak dicalonkan di Parlimen Beluran

KOTA KINABALU: Menteri Pertanian Industri dan Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ronald sebelum ini menyandang kerusi Parlimen Beluran merupakan menteri daripada Gabungan Rakyat Sabah yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Manakala, dua lagi timbalan menteri dari GRS telah digugurkan daripada menjadi calon.

Dua daripada mereka ialah, Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Yamani Hafez Musa yang menyandang kerusi Parlimen Sipitang dan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri sebagai penyandang kerusi Parlimen Kudat.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor sebentar tadi.

Dalam pengumuman itu, Hajiji yang juga merupakan Ketua Menteri Sabah tidak mengumumkan calon bagi kerusi Parlimen Beluran.

Bagi Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Bung Moktar Radin pula, masih terdapat satu kerusi Parlimen yang belum dimuktamadkan calon bagi mewakili kekosongan itu.

Jelasnya, penentuan calon bagi kerusi Parlimen Beluran itu masih dalam peringkat perbincangan.

Sementara itu, calon bagi kerusi Parlimen Sipitang dan Kudat diwakili oleh dua calon dari GRS, iaitu Datuk Matbali Musah (Sipitang) serta Datuk seri Ruddy Awah (Kudat).

Exit mobile version