Site icon TUHAU BAMBANGAN

COVID-19: 126 kes kematian, rekod tertinggi Malaysia setakat ini

Dalam pemakluman status terkini kes Covid-19 di Malaysia sehingga hari ini (2 Jun), oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan rekod kes kematian tertinggi yang pernah dicatatkan sejak virus ini dikesan di Malaysia pada tahun lepas.

Sebanyak 126 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 29 kes di Selangor, 18 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 14 kes di Negeri Sembilan, 12 kes di Kelantan, 11 kes di Johor, 10 kes di Kedah, 8 kes di Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing lima (5) kes di Melaka dan Terengganu, empat (4) kes di Sarawak, tiga (3) kes di Pahang, masing-masing dua (2) kes di Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Perak, serta satu (1) kes di Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya turut berkata, sebanyak 7,703 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam sekali gus menjadikan angka keseluruhan sebanyak 587,165 kes.

Selangor kekal negeri kes tertinggi dengan pertambahan kes harian sebanyak 2,728 kes, diikuti dengan Kuala Lumpur (701 kes) dan Sarawak (588 kes).

Sumber: KP Kesihatan

Exit mobile version