Site icon TUHAU BAMBANGAN

Bajet 2023: RM1.2 bilion untuk naik taraf sekolah daif di Sabah & Sarawak

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan sebanyak 1.2 bilion bagi tujuan menaik taraf infrastruktur sekolah daif di Sabah dan Sarawak.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan tersebut bagi menggantikan bangunan kayu lama untuk keselesaan anak murid dan pelajar di kedua-dua negeri tersebut.

“Ia melibatkan 123 projek di Sabah dan 182 projek di Sarawak, ” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Menurutnya, bagi memenuhi keperluan penduduk setempat, kerajaan pada tahun 2023 akan mula membina lima buah sekolah baharu dengan kos sebanyak RM430 juta.

Lima sekolah baharu itu melibatkan SMK Nabalu Sabah, SMK Dudong Sarawak, SK Paya Dusun Terengganu, SK Cyberjaya II dan SMK Denai Alam Selangor.

Exit mobile version