Site icon TUHAU BAMBANGAN

6 penyebab badan cepat rasa penat & mengantuk

Gambar Hiasan

Pernah rasa cepat penat dan mudah mengantuk? Keadaan ini dialami oleh kebanyakan orang. Penyebabnya pun pelbagai dan dimulai dari kurang tidur sampailah beberapa masalah kesihatan tertentu. Jom sama-sama kita semak beberapa penyebab badan cepat rasa penat dan cepat mengantuk.

1. Kurang tidur

Tidur yang cukup boleh membantu meningkatkan kesihatan secara umum. Menurut Healthline semasa tidur, tubuh kita akan bekerja untuk memperbaiki sel-sel yang rosak dan membantu perkembangan hormon. Dengan tidur yang cukup, tubuh akan rasa lebih segar, cergas dan sentiasa rasa bertenaga. Namun, jika kurang tidur, tubuh akan terasa lebih cepat penat dan akan lebih mudah rasa mengantuk.

2. Kurang nutrisi dalam badan

Menurut Cleveland Clinic, kekurangan nutrisi dalam badan boleh menyebabkan rasa penat, terutamanya vitamin B12 dan vitamin D. Situasi ini merupakan keadaan yang kerap berlaku dan perlu mendapat pemeriksaan oleh doktor jika merasa cepat penat yang kerap dan tiba-tiba. Boleh cari dan cuba ambil beberapa vitamin yang boleh membantu memulihkan rasa penat yang dialami.

3. Tekanan

Tekanan boleh jadi salah satu penyebab badan terasa cepat penat dan mengantuk sekaligus boleh mempengaruhi kualiti tidur. Menurut Very Well Health, tidur yang cukup boleh membantu menjaga emosi ke arah yang lebih positif dan merasa tenang dan bahagia ketika berhadapan dengan situasi yang mengundang tekanan.

4. Memiliki sejarah penyakit tertentu

Rasa penat atau letih dan mengantuk boleh menjadi salah satu gejala untuk beberapa penyakit tertentu. Menurut Healtline beberapa keadaan boleh terjadi dan boleh jadi penyebab seperti sleep apena, hipotiroidisme, kanser, sindrom keletihan kronik, penyakit buah pinggang, kemurungan, diabetes, fibromyalgia dan anxiety. Perlu dititik beratkan jika mengalami keletihan atau rasa penat yang berpanjangan kerana itu sudah tentu memerlukan rawatan yang tepat.

5. Pengambilan kafein yang berlebihan

Healthline menjelaskan pengambilan kafein yang berlebihan boleh membuat masa tidur berkurang dan boleh meningkatkan rasa mengantuk pada waktu siang. Walaupun tidak berlaku kepada semua orang, namun sensitiviti kafein boleh menjejaskan masa tidur bagi sesetengah orang. Dengan itu, badan akan lebih mudah terasa penat dan lebih mudah mengantuk.

6. Kurang cecair dalam badan

Kekurangan cecair dalam badan sangat mempengaruhi prestasi tubuh badan seseorang. Menurut Healthline, kekurangan cecair dalam badan boleh mengurangkan masa tidur hingga boleh menyebabkan badan terasa cepat penat, menurunkan tahap konsentrasi lalu boleh menyebabkan sakit pada bahagian kepala. Untuk itu, adalah disarankan untuk minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari agar cecair dalam badan mencukupi.

Sumber: kompas

Exit mobile version