Site icon TUHAU BAMBANGAN

China Rancang Tiga Misi Perlombongan Di Bulan Selepas Temui Sumber Tenaga Baharu

Negara China sangat teruja dengan mineral baharu yang ditemui di bulan sehingga mereka tidak membuang masa apabila Pentadbiran Angkasa Negara China merancang untuk menggunakan tiga pengorbit bulan dalam tempoh 10 tahun akan datang untuk melombong lebih banyak mineral bulan yang berpotensi ini.

Sampel mineral dari bulan – China National Space Administration

Misi Chang’e-5 China pada 2020 telah membawa kembali apa yang diumumkan saintis negara itu dimana mineral fosfat baharu didalam Kristal Kolumnar, yang digelar Changesite-(Y).

Mineral itu mengandungi Helium-3, dimana ia menawarkan potensi sumber tenaga masa depan. Negara China mahu meneroka penemuan ini dengan lebih lanjut, dengan pengumuman tiga perjalanan orbit baharu dan dilaporkan China berharap untuk membina stesen penyelidikan antarabangsa di permukaan bulan.

Pasukan penyelidik dari Institusi Penyelidikan Geologi Uranium Beijing (BRIUG) di bawah China National Nuclear Corporation.

Penemuan mineral baharu dari bulan bukanlah perkara yang jarang berlaku, tetapi ianya juga bukan perkara yang biasa. Gabungan Amerika Syarikat dan Rusia (Kesatuan Soviet) telah menemui lima mineral baru sebelum ini, tetapi penambahan China kepada kumpulan itu adalah yang paling terkini. Diasingkan daripada sampel batu dan tanah dan kemudian dianalisis di Institut Penyelidikan Geologi Uranium Beijing, Changesite-(Y) tidak seperti apa-apa yang terdapat di Bumi.

Mineral baharu, yang dipanggil “Chang-e Stone” /Changesite-(Y)/, ialah sejenis kristal kolumnar lutsinar yang tidak berwarna. Ia ditemui hasil analisis zarah basalt bulan oleh pasukan penyelidik

Fosfat, yang merupakan kunci kepada pertumbuhan kepada tumbuhan di Bumi, mempunyai pembentukan Kristal Kolumnar dengan sifat yang tidak diketahui. Penemuan Fosfat di bulan bukanlah sesuatu yang baharu namun bentuk Kristal Kolumnar adalah sesuatu yang baru kepada saintis.

Penemuan bentuk fosfat ini mungkin mempunyai kesan untuk pertanian berasaskan bulan untuk masa depan. Mineral itu juga mengandungi Helium-3, yang sebelum ini dikenal pasti sebagai sumber tenaga masa hadapan.

Sumber : popularmechanics

Exit mobile version