Site icon TUHAU BAMBANGAN

Bengkak buku lali penyebab lelaki tidak dapat teruskan pendakian ke puncak gunung Kinabalu

RANAU: Seorang lelaki berusia 29 tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki dan tidak dapat meneruskan pendakian ke puncak gunung Kinabalu pada Jumaat.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau berkata pihaknya menerima laporan mengenai seorang pendaki mengalami kecederaan (bengkak) di bahagian buku lali kaki sebelah kanan.

Sepasukan anggota Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat (MOSAR) telah di arahkan untuk ke lokasi kejadian.

“Kecederaan itu telah mengakibatkan mangsa tidak dapat meneruskan perjalanan untuk mendaki gunung Kinabalu.

“Tindakan pasukan penyelamat MOSAR, Taman Sabah bersama Malim Gunung bertindak mengangkat mangsa dengan cara ‘Paggyback carry’.

“Mangsa seterusnya di bawa turun ke Timpohon Gate, Kundasang dengan menggunakan pengusung.” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa kemudian diserahkan kepada anggota Emergency Medical Rescue Service (EMRS) dan dihantar ke hospital bagi tujuan rawatan lanjut.

Operasi ditamatkan pada 3.42 petang.

Exit mobile version