Site icon TUHAU BAMBANGAN

Pelitup muka tidak lagi wajib di kebanyakan kawasan tertutup

KOTA KINABALU: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, peraturan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di kebanyakan kawasan tertutup berkuatkuasa serta merta.

Bagaimanapun, jelasnya, pemilik premis masih mempunyai hak untuk memutuskan sama ada pelanggan mereka perlu memakai pelitup muka.

Beliau berkata, pemakaian pelitup muka juga masih diwajibkan di hospital, pengangkutan awam dan rumah penjagaan.

Katanya, keadaan itu juta terpakai bagi mereka yang menjalankan aktiviti membabitkan individu berisiko tinggi.

“Individu berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang mempunyai penyakit kronik dan wanita mengandung sangat digalakkan untuk terus memakai pelitup muka ketika berada dalam kawasan tertutup.

“Kementerian Kesihatan sangat menggalakkan pemakaian pelitup muka dalam kawasan sesak seperti pasar malam, stadium dan pusat beli belah,” katanya.

Tambahnya, pihak kementerian akan terus memantau situasi Covid-19 dalam dan luar negara, selain memastikan perkhidmatan kesihatan berada pada tahap optimum.

Kerajaan mula mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka mahu pun tertutup, pada 1 Ogos 2020, ketika pandemik Covid-19 teruk melanda.

Exit mobile version