Site icon TUHAU BAMBANGAN

Pemandu berdepan detik cemas selepas kenderaan dinaikinya terbakar

PAPAR: Seorang pemandu kereta berdepan detik cemas selepas kenderaan dinaikinya terbakar di hadapan sebuah kawasan perumahan di Jalan Sabindo Kinarut di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 2.22 pagi.

“Bertindak dengan maklumat sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 20 kilometer dari jarak balai.

“Pasukan Bomba yang tiba di lokasi segera menjalankan operasi memadam kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis kompak menggunakan sumber air dari jentera,” katanya.

Beliau berkata kejadian berjaya dikawal pada jam 3.06 pagi dan mujurlah kejadian tidak membabitkan sebarang kecederaan serta perkara tidak diingini.

Katanya operasi keseluruhan kemudiannya ditamatkan jam 3.08 pagi selepas keadaan persekitaran selamat.

Sumber: Utusan Borneo

Exit mobile version