7 fakta mengejutkan pernah berlaku dalam dunia teknologi

Read Time3 Minute, 17 Second

Teknologi yang terus berkembang dengan pesat telah memudahkan kita dalam banyak hal. Terutama setelah era Internet of Things bermula, semuanya menjadi lebih mudah. Bahkan dengan perjembangan teknologi yang cepat ini membuatkan penemuan-penemuan lama mulai ditinggalkan.

Tanpa mengubah fakta bahawa perkembangan teknologi memainkan peranan utama dalam kemajuan zaman. Tapi, adakah anda tahu bagaimana perkembangan awalnya dunia teknologi hingga boleh maju seperti sekarang? Sekiranya anda tidak tahu, mari sama-sama cari tahu.

Berikut merupakan fakta dunia teknologi yang mungkin mengejutkan anda.

1. Menukar jenis Font boleh menjimatkan ink printer

Nah, bagi anda yang kerja banyak berkaitan dengan cetak-mencetak dokumen, maka anda perlu tahu jenis font yang digunakan bagi mengelakkan pembaziran dakwat ketika mencetak. Hal ini kerana, setiap reka bentuk font tidak sama dan semuanya di cipta bergantung kepada keperluan. Sebahagiannya dibuat untuk hiasan, untuk pesanan, bahkan untuk ikon.

Penggunaan font yang lebih terang dan ringan akan membuatkan dakwat printer anda 10% lebih jimat dan anda boleh mencetak dengan lebih banyak.

2. E-mel muncul sebelum Internet

Pernah tidak, terbayang menghantar email pada suatu ketika dahulu, tidaklah semudah seperti sekarang? Dulu, untuk menghantar email di tahun 1984, anda perlu menggunakan sambungan telefon untuk terhubung dengan database service yang dikenali sebagai Micronet. Kemudian anda perlu menggunakan nombor khas yang disebut webpages. Ini merupakan era sebelum munculnya WWW (World Wide Web) atau Internet yang mula dikembangkan pada tahun tahun 1989.

3. Keyboard layout QWERTY dibuat untuk melambatkan proses menaip

Kelihatannya layout QWERTY pada keyboard dibuat untuk memudahkan kita menekan. Padahal yang sebenarnya layout ini dibuat adalah untuk melambatkan proses kita menekan huruf. Hal ini berkaitan dengan proses awal penemuan mesin taip oleh Christopher Latham Sholes.

Ketika itu, beliau menggunakan layout mengikut urutan abjad ABCDEF dan seterusnya. Namun, layout mengikut urutan abjad ini telah mengakibatkan kerosakan yang sering berlaku pada mesin taip akibat daripada kecepatan dalam menaip dan butang antara huruf juga sangat terusun serta berdekatan.

Maka dari itu, penyelesaian yang dilakukan adalah, Sholes akhirnya menemukan formula layout yang lebih senang dengan pola QWERTY. Ketika itu, untuk menaip dalam bahasa Inggeris dengan layout ini menjadi lebih susah serta tidak membuatkan butang huruf sudah tidak saling terhubung lagi.

4. Pendaftaran Domain dahulunya adalah percuma

Sehingga tahun 1995, pendaftaram domain untuk website adalah percuma. Ketika itu, masih belum ada orang yang sedar akan kehebatan Internet. Namun, selepas tahun 1995 domain perlu dibayar dengan harga yang tinggi. Bermula dengan harga US$100 bagi penggunaan selama dua tahun.

5. Filem Tron menipu dengan menggunakan digital effect

Filem Tron Legacy yang ditayangkan pada tahun 2010, dimana karya aslinya telah pun dibuat pada tahun 1982. Dengan bermodalkan special effect yang cukup-cukup makan ketika itu, filem Tron tetap mendapat sambutan yang memuaskan.

Namun begitu, Tron tidak dipuji yang mana Oscar selaku individu akademik dalam dunia perfileman pada ketika itu malah merendah-rendahkan filem ini kerana dinilai menipu dengan menggunakan effect digital.

6. Data 5MB disimpan dalam disk seberat 1000Kg

Pada tahun 1956, IBM memperkenalkan komputer pertama yang berjenama RAMAC. Dengan berbekalkan harddrive seperti yang sekarang kita gunakan, RAMAC dibekali IBM disk berkapasiti 5MB yang memiliki berat sehingga 1000Kg.

Tapi, pada zaman yang serba moden ini, kita boleh sahaja membawa data sebanyak 1TB dalam satu USB flashdisk.

7. Wikipedia gunakan BOT untuk pembetulan isi artikel

Impian mulia Wikipedia untuk menjadi ensiklopedia digital terbesar di dunia memudahkan ramai orang untuk mendaftar di dalamnya.

Setelah mendaftar, sesiapa sahaja boleh membuat penulisan baru atau bahkan mengubah suai artikel lama milik orang lain. Bagaimana pula jika ada individu yang memang menukarkan maklumat atau merosakkan artikel-artikel asal?

Untuk mengelakkan hal-hal seperti ini terjadi, Wikipedia menggunakan robot seperti ClueBot-NG bagi mengenalpasti serta mencari tindakan vandalisme yang dilakukan oleh individu di setiap artikel.

Jika dikenal pasti, robot ini akan mengembalikan tulisan tersebut kepada versi asalnya dan ketika ini pula, Wikipedia menggunakan hampir 2000 BOT untuk memeriksa 40 juta artikel yang terdapat di dalamnya.

Sumber: eventkampus

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *