5 jenis rakan toksik yang perlu dihindari

Read Time1 Minute, 47 Second

Salah satu perkara yang baik untuk memajukan diri sendiri boleh dimulai dengan memilih lingkungan persahabatan. Persahabatan menjadi salah satu hal yang mempengaruhi perilaku dan sifat seseorang secara tidak langsung. Jika memiliki lingkungan persahabatan yang positif, maka secara tidak langsung anda akan mendapat tenaga yang positif pula. Begitu juga dengan sebaliknya. Lalu apa sahaja kriteria rakan yang perlu dihindari? Jika anda memiliki salah satunya, sebaiknya segera hadkan persahabatan anda. Berikut merupakan antara kriteria rakan yang perlu anda hindari;

1. Suka bergosip

Rakan yang suka bergosip adalah orang yang suka membuat cerita seolah-olah ia adalah benar, kemudian disebarkan. Jika tidak segera dijauhi, boleh saja cerita hidup anda yang akan menjadi bahan gosip yang seterusnya. Anda bahkan akan meniru pandangannya ketika menilai orang lain. Keburukannya adalah, persahabatan kalian boleh sahaja rosak akibat hilang kepercayaan.

2. Pengkhianat

Jika rakan berubah menjadi musuh, ia boleh jadi lawan anda yang sangat berbahaya. Mengapa? Hal demikian disebabkan, ia mengetahui serta memegang rahsia dan kelemahan yang anda miliki. Maka, hati-hati ketika memutuskan untuk memberikan kepercayaan pada orang lain. Jenis penkhianat ini sangat mudah boleh merosakkan reputasi anda dengan memutar balikkan fakta.

3. Suka berdrama

Jenis suka berdrama merupakan rakan yang suka memutarbalik fakta ketika bercerita. Bertindak seolah-olah dia adalah mangsa untuk menarik simpati orang lain hingga mendapatkan sokongan. ‘Playing victim’.

4. Kuat cemburu

Tidak hanya di alam percintaan wujudnya sifat cemburu ini, tapi dalam persahabatan juga ada. Rakan yang mempunyai sifat seperti ini adalah mereka yang tidak suka melihat anda berjaya dengan apa yang anda impikan selama ini. Kemungkinan ucapan tahniah dari rakan anda boleh jadi sebaliknya dan akan bercakap sesuatu yang bukan-bukan di belakang anda.

5. Penyebar berita

Jenis seperti ini boleh jadi pembawa wabak dalam lingkungan sosial terutama melalui media sosial. Segala bentuk maklumat kadangkala tidak ditapis dan dengan begitu mudah disebarkan tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku. Rakan jenis ini juga amat mudah untuk mereka menyebarkan perkara atau hal-hal yang berbaur kebencian. Jika anda miliki rakan seperti ini ketika ini, anda ada pilihan untuk ‘block’ sosial media mereka.

Demikian antara jenis-jenis rakan toksik yang perlu kita hindari bagi memajukan diri. Sekian perkongsian. Semoga bermanfaat!

Sumber: halodoc

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *