5 hero Assassin Mobile Legends terbaik edisi Ogos 2020!

Read Time2 Minute, 25 Second

Kepada para gamers khususnya game Mobile Legends, tidak mustahil untuk anda tahu fenomena tentang hero Assassin yang akhir-akhir ini sedang naik daun kerana beberapa item khusus Assassin telah menjadi hot.

Biasanya, Assassin dijadikan sebagai Hyper Carry kerana mereka boleh menyokong team dengan sangat baik terutama pada saat late game.

Dalam banyak-banyak Assassin yang sudah dikeluarkan, terdapat lima hero Assassin Mobile Legend terbaik di bulan Ogos 2020 ini. Boleh di bagi pengiktirafan jika mereka benar-benar wujud di dunia nyata ya.

Berikut 5 hero Assassin Mobile Legend terbaik pada bulan ini:

1. Hayabusa

Hero Assassin terbaik pertama untuk bulan ini adalah, Hayabusa. Hero ini merupakan Assassin yang sangat lincah di Land of Dawn. Selain mempunyai mobiliti yang baik, hero ini juga dapat menghasilkan damage yang sangat besar kepada musuh, khususnya ketika ia menyerang hanya satu musuh sahaja.

Dengan damage yang besar serta pergerakannya yang lincah, Hayabusa boleh mencuri Carry lawan dengan mudah secara diam-diam. Bahkan Hayabusa juga boleh menjadi split pusher yang sangat kuat.

2. Helcurt

Seterusnya adalah Helcurt, Asssassin dengan Ultimate yang tidak kurang hebatnya. Hero yang  boleh membutakan semua musuh selama beberapa saat. Ketika Ultimatenya aktif, Helcurt boleh mencuri Carry musuh secara diam-diam tanpa diketahui oleh rakan yang lain kerana kedudukannya tidak kelihatan dalam minimap.

Damage hero ini juga tidak kurang hebat ya. Helcurt boleh menghasilkan damage yang sangat besar dan boleh memberikan kesan Silence yang membuatkan musuh tidak boleh menggunakan semua Skill selama beberapa saat.

3. Selena

Sehingga kini, Selena masih menjadi hero Support Assassin yang membuatkan pihak lawan geram. Ini kerana Selena mempunyai Crowd Control yang juga menggeramkan.

Jika Skillnya digunakan dengan baik, Selena boleh memberikan Stun kepada musuh hingga 2 saat lamanya dan ini membuatkan musuh hanya dapat berpasrah.

Selain itu, Selena juga boleh membuat umpan yang akan memberikan damage sekaligus dapat menghasilkan burst damage yang sangat besar.

4. Ling

Hero Assassin paling lincah dalam Mobile Legend dan masih menjadi Assassin terkuat kerana memiliki pergerakan laju dan sangat kuat ketika late game.

Assasssin Hyper Carry yang satu ini, memiliki banyak kelebihan seperti boleh berjalan atas dinding dan berpindah atau menembusi dari satu dinding ke dinding yang lain. Hero ini juga boleh menghasilkan Critical Damage yang sangat sakit terutama ketika late game.

Ling juga memiliki Ultimate yang boleh membuatnya memasuki mode Invisible selama beberapa saat, boleh mengelak serangan dan membunuh musuh dengan mudah.

5. Lancelot

Akhir-akhir ini, hero Lancelot juga kembali menjadi Assassin yang sangat kuat. Kelebihan dari hero ini adalah boleh melakukan Dash berkali-kali dan ini memudahkannya untuk mengelak daripada serangan musuh.

Tidak hanya itu, hero ini juga boleh menghasilkan burst damage yang bahkan boleh secara langsung membunuh musuh, terutama pada hero lemah seperti Mage atau Marksman.

Demikian 5 hero Assassin Mobile Legend terbaik yang boleh dibahas dalam bulan Ogos ini. Atau para gamers yang lain, mungkin ada hero yang tidak tersenarai tapi menurut anda adalah antara hero terbaik? Kongsikan.

Sumber: duniagames

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *