5 Anime Isekai paling menarik wajib ditonton

Read Time2 Minute, 59 Second

Anime Isekai sebenarnya anime yang penuh dengan fantasi dimana banyak hal-hal yang sulit berlaku dalam kehidupan nyata. Secara umumnya anime isekai ini, bercerita tentang perjalanan watak utama ke dunia lain atau dimenasi lain. Selain itu anime yang membawa genre ini selalu disertai dengan elemen-elemen aksi dan komedi.

Hampir setiap tahun, rumah-rumah produksi akan melancarkan anime dengan genre ini kerana ianya dikelaskan sebagai anime popular, ramai peminat dan tentunya mendapat sambutan yang meriah. Anime isekai ini juga merupakan adaptasi dari manga yang telah diterbitkan lebih awal kepada umum.

Berikut merupakan 5 antara cadangan anime isekai terbaik yang wajib ditonton oleh para peminat anime.

1. Overlord

Overlord ini menceritakan bagaimana kisah watak utama bernama Momongga yang sangat berminat dalam dunia game. Setiap perkara dalam game yang dimainkannya memberikan Momongga pengalaman dan kesan yang berbeza.

Dalam cerita, dia tidak hanya memainkan satu jenis game sahaja, melainkan ada beberapa game lagi. Satu masa, dimana ia tengah bermain satu game kesukaannya, iaitu MMPORG, Yggdrasil mati.

Dipendekkan cerita, dia pula yang masuk ke dalam game tersebut. Dalam game, Momongga dibekali dengan kekuatan yang begitu sempurna. Dia juga boleh mengurus segala kehidupan secara bebas dan mengikut suka hatinya.

2. Angel Beats

Kisah menarik dalam anime ini, adalah ketika watak utama, Yuzuru Otonashi yang lahir kembali selepas meninggal dunia. Namun ia lahir bukan lagi didunia yang sama, tapi lahir di alam baka. Disingkatkan cerita,Yuzuru menjadi siswa pula disalah satu sekolah dalam alam baka tersebut.

Meski berada di di tempqt yang asing ia tetap merasakan bahawa tempat itu sangat familiar. Ketika berada di sekolah, Yuzuru bertemu dengan Yuri untuk bergabung dengan organisasi pemberontak bagi melawan Tuhan.

Musuh utama organisasi ini adalah angel, merupakan seorang gadis yang mempunyai kekuatan dahsyat dan berperanan sebagai suruhan Tuhan di dunia baka tersebut.

3. Inuyasha

Sudah 10 tahun kisah Inuyasha berakhir, namun ia tetap masih mendapat tempat dihati para peminat anime.

Cerita bermula di Tokyo Jepun, ketika soerang gadis yang masih bersekolah bernama Higurashi Kagome bersama adiknya Higurashi Sota yang sedang mencari kucing peliharaan mereka.

Kucing mereka itu telah jatuh ke dalam sumur air yang keramat berada tepat dibelakang rumah mereka. Kagome pun cuba masuk ke dalam sumur namun adiknya tidak ikut kerana takut.

Disingkatkan cerita, ada hal yang mengganggu proses pencarian Kagome. Setelah kejadian tersebut, Kagome kemudian keluar dari sumur dan keadaan sekeliling sudah pun berubah.

4. No game, no life

Sora dan Shiro adalah adik beradik yang mempunyai reputasi cukup cemerlang dalam dunia game yang bernama Blank. Apa sahaja jenis game, mereka pasti adalah pemenangnya.

Satu saat, mereka dicabar untuk bermain catur. Seperti biasa, mereka menang dalam permainan tersebut. Kemenangan tersebut merupakan hasil dari campur tangan sang dewa. Dewa yanv berada disebalik permainan catur tadi telah melemparkan mereka ke dalam dunia virtual.

Dimana, dunia virtual ini dipenuhi dengan pelbagai macam jenis game. Kedua beradik tidak takut, malah mereka lebih gembira dan terus bermain bagi mempertahankan kedudukan mereka sebagai gamer yang tidak boleh dikalahkan.

Cadangan anime ini akan menyajikan pelbagai aksi lucu kepada para penonton, daripada setiap kelakuan watak yang bertingkah bodoh.

5. Log Horizon

Anime ini diadaptasi daripada light novel yang menceritakan 3 gamers bernama Shiroe, Naotsogu dan Akatsuki. Mereka terperangkap bersama 30.000 gamers yang lain.

Mereka terlibat dalam game berjenis MMORPG yang bernama Elder Tale. Mereka masuk ke dalam dunia virtual itu ketika sistem game mereka mengalami gangguan ketika sedang dikemas kini. Sejak daripada kejadian tersebut, mereka bertiga mulai mengembara dalam dunia game.

Namun, masalah timbul ketika para pemain hidup tanpa pengaturan. Sebab itu, ada proses panjang yang perlu dilalui oleh setiap player untuk terus boleh berada di sana.

Sumber: CNN

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *